Followers

Thursday, September 6, 2018

Tips memilih perfume yang sesuai dengan penampilan diri




1.     Introvert
Introvert adalah seorang yang suka menyendiri, tidak suka bergaul dengan orang ramai dan lebih senang buat kerja sendiri. Ada juga yang menyifatkan introvert sebagai seorang yang pemalu. Jadi bauan yang sesuai dengan seorang introvert ialah haruman yang lembut dan tenang. Contohnya, bau bunga sakura.
 
2.       Extrovert
Ramai yang maklum, extrovert adalah orang yang suka bergaul, bersosial dan aktif. Mereka juga jenis yang suka berkerja dalam kumpulan dan bekerja dengan orang ramai. So, untuk golongan ini, aroma vanilla, grapes, & cendana sangat sesuai dengan diri mereka. Ini kerana aroma itu dapat meningkatkan daya penarik seorang extrovert.
 
3.       Romantis
Untuk si romantis, wangian aroma rose & jasmine sangat sesuai dengan jiwa memikat. Selain itu, aroma white musk juga menjadi aksesori sempurna buat si romantis untuk memancing pasangan
 
4.       Elegant
Seorang yang mempunyai impian besar dalam hidupnya dan sentiasa bersemangat dalam apa jua yang dilakukan. Haruman aquatic sangat sesuai untuk mereka tampil lebih elegan. Ini membuatkan mereka kelihatan lebih intelektual & bersahaja.
 
5.       Sophisticated & Chic
Untuk mereka yang gemar mengenakan bauan yang segar, mereka sebenarnya sukakan sedikit ‘drama’ dalam hidupnya. Haruman jenis ini – hijau, mempunyai baunya yang tersendiri dan mampu menghilangkan stress.
 
6.       Classic & confident
Si pemakai haruman jenis sitrus memperlihatkan diri mereka sebagai seorang yang elegan dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Wanita yang sukana bauan sitrus mempunyai sisi cantik yang klasik.
 
So, korang dalam kategori yang mana? Pilihlah wangian perfume yang sesuai dengan diri korang supaya korang lebih menyerlah lagi. Percayalah, aroma perfume mampu mempengaruhi kehidupan harian korang.

Sincerely,
Intan Lee,
Your Perfume Consultant

No comments:

Post a Comment