Followers

Wednesday, September 12, 2018

Sebak dengan lagu Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Tak tahu kenapa setiap kali dengar lagu Fynn Jamal ni mesti rasa nak nangis..kadang memang nangis pon..sebak..

Cuba korang dengar lagu tu atau tengok lirik puisinya ni

Terbang Tunduk

Bertahanlah wahai raksa,
Jangan kau berhenti,
Berpautlah wahai nyawa,
Ini bukan mimpi,
Saksikan dengan mata,
Rasakan dengan jiwa,
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka,
Getir yang menghalang,
Tak besar mana

Payah payah semalam
moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak henyak
Biar dibelakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati


Makna lagu sangat deep. Pasal kehidupan kita. Bila relatekan dengan diri kita, pasti akan terasa sebak.. trust me. cuba.

Ini yang kak Intan faham dengan lagu ni
" walau sebesar mana pon dugaan yang Allah bagi kat kita, jangan kita menyerah kalah.. jangan berhenti. bertahan."
"bila dah berjaya, dah terbang tinggi, kita akan sedar sebenarnya tak sebesar mana pon dugaan kita berbanding orang lain..."
" susah susah dahulu, moga dihadapan kita akan senang"
"setiap apa yang menghalang kita -- orang tak suka, dengki, jeles, cubaan menjatuhkan kita, jangan kita kisah. jangan berdendam. jangan tersinggung. "
" doa kepada tuhan, moga tuhan tak izinkan kita jadi lupa diri. tak biarkan kita meninggi diri. moga Allah letakkan hati kita sentiasa dibawah. moga Allah buatkan kita sentiasa merendah diri"

Allahu...bila tengah down dengan orang sekeliling, mesti dengar lagu ni.... =)


till then~~

No comments:

Post a Comment