Followers

Wednesday, June 23, 2010

DeGrEe oh DeGReE

19 june 2010 kul 5 am....aku dapat tau result upu n UiTM.

"DUKACITA DI MAKLUMKAN PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA

HARAP MAKLUM"

Pastu tak macam gile plak ujan ribut petir kat atas katil...5 jam kot aku nangis.. ase macam gelap mase depan aku bile tak dapat sambung degree..

Fikh pon da tak tau macam ne nak pujuk aku..

pantang sentuh pasal degree mesti meleleh je air mata...aku tak tau macam ne nak berdepan dengan orang yang selama ni pandang rendah kat aku n aku tak tau macam ne nak bgtau orang yang terlalu mengharap kat aku...
last2 bile da lame sangat nangis mak aku pon tau..mak aku cakap rezeki aku setakat tu je nak wat macam ne...tapi aku tau die kecewa..
then aku tak sentuh da pasal sambung study tapi aku sangat berharap agar ada keajaiban berlaku.


setiap hari aku akan paksa fikh tengok result degree aku walaupon result nye tetap same..aku tak kesah janji aku puas hati...

dan lastly semalam (22/06/2010)
.......

nita msg aku...
"cube cek lek..han+nad da dpt"
aku pon suh la fikh cek kan...tp DIE X DE TENET LA PLAK!

then nita kol aku
maybe sebab aku tak reply msg die...die tanya nak die cek kn tak?? eh, mesti la nak.......
huhu...suspen jerk.....
then kua r

SURAT TAWARAN

Nurul Intan Hidayah bt Hamzah
4xx taman pertama
sukacita dimaklum kan bahawa anda ditawarkan mengikuti program di UiTM:
program:

BM225 SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN ( KEPUJIAN)(PENGURUSAN PERUNCITAN) FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN


AAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ase macam nak jerit bg 1 taman dengar...haha
at last.....
dapat gak sambung degree....
course retail management...kat shah alam.... tapi.........................
tak dapat kolej la plak.....musykil3x....
then kite tengok la ape jadi pas ni ek...chow~~~~


~puterimaz~

Monday, June 7, 2010

aKu & KeNaNgaN

Aku tak pernah menyangka yang hidup yang aku lalui begini jalannya…berliku-liku…tapi kadang-kadang lurus jugak. Selama hampir 21 tahun aku hidup, banyak sangat pahit manis yang dah aku tempuh. Tapi yang paling aku tak boleh lupa ialah kenangan di alam persekolahan dan universiti. Senang cerita alam remaja la. Segalanya sangat berharga buat aku.

Aku masih ingat semasa di sekolah, rakan-rakan sekelas ku ramai yang memanggil aku adik. Sebabnya aku lahir hujung bulan 12. Huhu… aku sendiri pon dah anggap diorang semua macam abang dan kakak aku sendiri. Semuanya kami lakukan bersama-sama. Apa yang aku ada aku akan kongsi dengan meraka, walaupun sedikit.

Abg akob, abg Asrah, Abg pojan, Abg Emy, shah, Ja’po, Aman, Akak, sut tiqah, ez, dila, fana, syaira,facy n ramai lagi la…aku memang takkan lupa kan korang sampai bila-bila. Aku saying korang dan terima kasih sebab da bagi aku kebahagiaan. Aku sentiasa mendoakan yang korang semua akan berjaya dalam hidup dan tak melupakan apa yang kita dah lalui bersama. Di harap andai masing-masing dah Berjaya nanti, jangan lah biarkan ada jurang yang memisahkan hubungan kita semua. I love u all so much. Thanks for everything.”

Tahun 2007 merupakan tahun bermakna buat aku dan aku tak akan lupakan sampai bila-bila. Di mana tahun tu lah aku mula-mula melangkah kan kaki ke Universiti. UiTM Jengka Pahang, itu lah nama university tempat aku menimba ilmu perniagaan selama hamper 3 tahun bersamaan 6 semaster. Di sanalah aku mula belajar berdikari. Di sana juga aku belajar erti persahabatan dan cinta. Kehidupan di sana jauh beza nya dengan kehidupan di sekolah.

Di university, semuanya aku lakukan sendiri. Jadi aku perlu berani dan jika aku tak tahu, aku perlu bertanya. Aku juga perlu belajar bergaul dengan orang ramai, perlu pandai beramah mesra dan tahu mengambil hati pensyarah. Setahun aku di university, aku mula belajar erti cinta. Semuanya bermula dengan server MIRC yang di wujud kan untuk merapat kan jurang antara pelajar. Lama aku berchating di server itu dan akhirnya aku bertemu dengan cinta ku kini…. Pengalaman aku berchating di MIRC membuat kan aku kenal perangai ramai lelaki. Ia membuatkan aku lebih berhati-hati untuk berkawan. Itulah pengalaman yang amat berharga bagi aku.

nita,nad, eika, fariza, yaa, farah, pay, han, fad, n kawan-kawan lain…thanks atas segalanya..aku sayang korang semua. Harap korang semua akan Berjaya in future… aku sentiasa akan menyokong apa jua yang korang buat. Semoga persahabatan yang kita dh jalinkan ni tak akan di biar kan putus macam tu aje…semoga bertemu lagi…”