Followers

Thursday, September 13, 2018

Selamat 4 ShahrulIntan




4 tahun penuh suka duka kita

Setahun pertama kita penuh dugaan…
Duit ringgit bercatu, baju kain tak berganti.
Pertama kali seumur hidup tiada baju raya berhelai helai.
Demi keperluan anak.
Ini bukan kisah mampu tak mampu, tapi sibuk nak kahwin
Ini hal ujian Allah
Sebelum kahwin, kita lebih dari mampu.
Tapi
Selepas kahwin, ujian bertimpa dan serentak
Kontrak pensyarah tamat, bisnes kek stop.
Saving habis untuk buka butik dan beli keperluan rumah.
Dan setiap bulan sememangnya struggle untuk hidup.
Tak pernah di suratkan, tapi kita sama sama tahu struggle itu.

Tahun ke 2.
Diuji dengan kesihatan mental yang sangat merundum
Terima kasih saying sebab faham dan sabar
Setiap hari, drama berbeza
Setiap bulan berulang balik kampong
Setahun kita begitu.

Tahun ke 3
Semakin stabil.
Semakin faham dengan kehidupan berumah tangga
Semakin boleh bertoleransi.
Kita semakin realistic. Semakin banyak yang kita belajar. Kita ikut segala petua murah rezeki yang diberitahu
Ustaz cakap – suami tak berkira dengan isteri, rezeki mudah masuk.. Terbukti!
Ustaz cakap – sedekah – murah rezeki. Betul!
Hidup suami isteri jangan kau harapkan seperti drama!
--Lepas je kahwin, kau boleh hidup senang lenang, shopping, travel sana sini… Tak! Untuk kita rakyat marhaen.
Alhamdulillah…
Setiap bulan, walaupun tak lebih tapi tetap ada rezeki tak tersangka untuk kita.

Tahun ke 4.
Masih struggle.
Tapi semakin kukuh
Butik kita semakin berkembang
Keluarga kita semakin stabil.
Apa yang mahu, dapat dipenuhi.
Walau terasa belum cukup, tapi bersyukur dan terapkan rasa cukup dengan apa yang Allah izinkan sekarang.
Tatlaka berasa susah, ingat – orang lain, ada yang lebih susah dari kita…

Syukur Ya Allah untuk 4 tahun ni.
Syukur untuk anugerah & amanah tak ternilai untuk kita – Orked Imani
Semoga yang ke 5 nanti lebih success dan bahagia.
Semoga sekeluarga kecil ini mendapat redhaMu Ya Allah.

Buat suami,
Terima kasih kerana sentiasa memahami, sentiasa cuba menjadi yang terbaik. Terima kasih kerana tak pernah lokek tentang duit ringgit, tak pernah berkira untuk buat kerja rumah. Terima kasih kerana menjadikan saya isteri yang sangat manja selama 4 tahun ni. Terima kasih.

Sincerely,
Nurul Intan Lee,
Isteri Shahrul Fikhri
Mummy Orked Imani

Wednesday, September 12, 2018

Sebak dengan lagu Terbang Tunduk by Fynn Jamal

Tak tahu kenapa setiap kali dengar lagu Fynn Jamal ni mesti rasa nak nangis..kadang memang nangis pon..sebak..

Cuba korang dengar lagu tu atau tengok lirik puisinya ni

Terbang Tunduk

Bertahanlah wahai raksa,
Jangan kau berhenti,
Berpautlah wahai nyawa,
Ini bukan mimpi,
Saksikan dengan mata,
Rasakan dengan jiwa,
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka,
Getir yang menghalang,
Tak besar mana

Payah payah semalam
moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak henyak
Biar dibelakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati


Makna lagu sangat deep. Pasal kehidupan kita. Bila relatekan dengan diri kita, pasti akan terasa sebak.. trust me. cuba.

Ini yang kak Intan faham dengan lagu ni
" walau sebesar mana pon dugaan yang Allah bagi kat kita, jangan kita menyerah kalah.. jangan berhenti. bertahan."
"bila dah berjaya, dah terbang tinggi, kita akan sedar sebenarnya tak sebesar mana pon dugaan kita berbanding orang lain..."
" susah susah dahulu, moga dihadapan kita akan senang"
"setiap apa yang menghalang kita -- orang tak suka, dengki, jeles, cubaan menjatuhkan kita, jangan kita kisah. jangan berdendam. jangan tersinggung. "
" doa kepada tuhan, moga tuhan tak izinkan kita jadi lupa diri. tak biarkan kita meninggi diri. moga Allah letakkan hati kita sentiasa dibawah. moga Allah buatkan kita sentiasa merendah diri"

Allahu...bila tengah down dengan orang sekeliling, mesti dengar lagu ni.... =)


till then~~

Kenapa produk The Lab?




Ramai yang Tanya Kak Intan, kenapa kena pakai produk wangian The Lab? The Lab Parfum la, The Lab Body Mist la... So , ini jawapannya

1.       Kualiti
Okey, kami bancuh The Lab Parfum (TLP) dengan pati parfum plus iaitu peratusan concentratenya antara 40% - 50% . Ia lebih pekat dan banyak berbanding dengan EDT, EDP dan Parfum. Kebanyakkan minyak wangi yang dijual dipasaran menggunakan pati EDP dan EDT.
Ketahanan bau The Lab Parfum pula adalah sehingga 12 jam bergantung kepada individu dan jenis bauan yang dipilih. Berdasarkan maklum balas customer, ramai yang mengadu bahawa TLP yang disembur dibadan melekat di baju dan baunya bertahan dibaju sehingga dibasuh. Ada juga yang memberitahu bahawa selepas dibasuh juga masih lekat baunya.

Manakala, The Lab Body Mist (TLBM) pula dibancuh dengan pati EDT. Biasanya body mist dibancuh dengan pati ‘mist’ atau body splash. Tapi kita up sikit bancuh dengan EDT. Tapi masih namanya body mist dan bukan perfume. EDT mengandungi 5%-8% perfume concentrate dan kalua nak dibandingkan dengan bodymist biasa hanya ada 1-3% concentrate sahaja. That is why TLBM is better than others.

2.       Harga
Harga yang kita tawarkan sangat mampu milik.
Untuk TLP harga pasaran hanyalah RM69 (45ml). Tapi selalunya kita di The Lab selalu buat deals untuk customer. If korang follow kak intan atau The Lab Boutique, mesti akan tau dealsnya

While untuk TLBM pulak, lagi la mampu milik. Harganya hanya RM29.90 untuk 120ml.
Jadi korang ada pilihan untuk pilih ikut kemampuan korang. Tak mampu TLP, boleh beli TLBM.

3.       Packaging
Dari segi packaging pulak, kita memang design packaging produk The Lab ni berbeza dan unik dari brand lain. Pernah tengok kotak perfume bentu oval/telur? Ya… Kita buat…  Packaging TLP sangat sesuai untuk dijadikan hadiah atau hantaran atau reward untuk diri sendiri. Kotaknya sangat exclusive.
Boleh tengok gambar

yang box telur tu FOR HER & yang box square tu FOR HIM


Menarik kan?

Mana nak beli?
Boleh contact sis di no bawah ni tau
www.wasap.my/60169535990/tlp -- kak intan boleh consult korang untuk pilih perfume paling sesuai dengan korang.. 

till the ~

sincerely,
Intan Lee
your perfume consultant




Thursday, September 6, 2018

Tips memilih perfume yang sesuai dengan penampilan diri




1.     Introvert
Introvert adalah seorang yang suka menyendiri, tidak suka bergaul dengan orang ramai dan lebih senang buat kerja sendiri. Ada juga yang menyifatkan introvert sebagai seorang yang pemalu. Jadi bauan yang sesuai dengan seorang introvert ialah haruman yang lembut dan tenang. Contohnya, bau bunga sakura.
 
2.       Extrovert
Ramai yang maklum, extrovert adalah orang yang suka bergaul, bersosial dan aktif. Mereka juga jenis yang suka berkerja dalam kumpulan dan bekerja dengan orang ramai. So, untuk golongan ini, aroma vanilla, grapes, & cendana sangat sesuai dengan diri mereka. Ini kerana aroma itu dapat meningkatkan daya penarik seorang extrovert.
 
3.       Romantis
Untuk si romantis, wangian aroma rose & jasmine sangat sesuai dengan jiwa memikat. Selain itu, aroma white musk juga menjadi aksesori sempurna buat si romantis untuk memancing pasangan
 
4.       Elegant
Seorang yang mempunyai impian besar dalam hidupnya dan sentiasa bersemangat dalam apa jua yang dilakukan. Haruman aquatic sangat sesuai untuk mereka tampil lebih elegan. Ini membuatkan mereka kelihatan lebih intelektual & bersahaja.
 
5.       Sophisticated & Chic
Untuk mereka yang gemar mengenakan bauan yang segar, mereka sebenarnya sukakan sedikit ‘drama’ dalam hidupnya. Haruman jenis ini – hijau, mempunyai baunya yang tersendiri dan mampu menghilangkan stress.
 
6.       Classic & confident
Si pemakai haruman jenis sitrus memperlihatkan diri mereka sebagai seorang yang elegan dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Wanita yang sukana bauan sitrus mempunyai sisi cantik yang klasik.
 
So, korang dalam kategori yang mana? Pilihlah wangian perfume yang sesuai dengan diri korang supaya korang lebih menyerlah lagi. Percayalah, aroma perfume mampu mempengaruhi kehidupan harian korang.

Sincerely,
Intan Lee,
Your Perfume Consultant