Followers

Thursday, September 13, 2018

Selamat 4 ShahrulIntan




4 tahun penuh suka duka kita

Setahun pertama kita penuh dugaan…
Duit ringgit bercatu, baju kain tak berganti.
Pertama kali seumur hidup tiada baju raya berhelai helai.
Demi keperluan anak.
Ini bukan kisah mampu tak mampu, tapi sibuk nak kahwin
Ini hal ujian Allah
Sebelum kahwin, kita lebih dari mampu.
Tapi
Selepas kahwin, ujian bertimpa dan serentak
Kontrak pensyarah tamat, bisnes kek stop.
Saving habis untuk buka butik dan beli keperluan rumah.
Dan setiap bulan sememangnya struggle untuk hidup.
Tak pernah di suratkan, tapi kita sama sama tahu struggle itu.

Tahun ke 2.
Diuji dengan kesihatan mental yang sangat merundum
Terima kasih saying sebab faham dan sabar
Setiap hari, drama berbeza
Setiap bulan berulang balik kampong
Setahun kita begitu.

Tahun ke 3
Semakin stabil.
Semakin faham dengan kehidupan berumah tangga
Semakin boleh bertoleransi.
Kita semakin realistic. Semakin banyak yang kita belajar. Kita ikut segala petua murah rezeki yang diberitahu
Ustaz cakap – suami tak berkira dengan isteri, rezeki mudah masuk.. Terbukti!
Ustaz cakap – sedekah – murah rezeki. Betul!
Hidup suami isteri jangan kau harapkan seperti drama!
--Lepas je kahwin, kau boleh hidup senang lenang, shopping, travel sana sini… Tak! Untuk kita rakyat marhaen.
Alhamdulillah…
Setiap bulan, walaupun tak lebih tapi tetap ada rezeki tak tersangka untuk kita.

Tahun ke 4.
Masih struggle.
Tapi semakin kukuh
Butik kita semakin berkembang
Keluarga kita semakin stabil.
Apa yang mahu, dapat dipenuhi.
Walau terasa belum cukup, tapi bersyukur dan terapkan rasa cukup dengan apa yang Allah izinkan sekarang.
Tatlaka berasa susah, ingat – orang lain, ada yang lebih susah dari kita…

Syukur Ya Allah untuk 4 tahun ni.
Syukur untuk anugerah & amanah tak ternilai untuk kita – Orked Imani
Semoga yang ke 5 nanti lebih success dan bahagia.
Semoga sekeluarga kecil ini mendapat redhaMu Ya Allah.

Buat suami,
Terima kasih kerana sentiasa memahami, sentiasa cuba menjadi yang terbaik. Terima kasih kerana tak pernah lokek tentang duit ringgit, tak pernah berkira untuk buat kerja rumah. Terima kasih kerana menjadikan saya isteri yang sangat manja selama 4 tahun ni. Terima kasih.

Sincerely,
Nurul Intan Lee,
Isteri Shahrul Fikhri
Mummy Orked Imani

No comments:

Post a Comment