assalamualaikum...
dalam dua hari ni banyak betul berita kematian yang aku terima...
semalam, pelakon veteran yang juga ibu kepada pelakon Faizal Husin iaitu Mahyon Ismail telah kembali ke rahmatullah...takziah buat Faizal Husin sekeluarga
![]() |
Mahyon Ismail |
![]() |
keadaan rumah anak yatim madrasah al-taqwa,hulu langat... |
begitu juga dengan adik2 dari Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa,Batu Empat Belas Hulu Langat Selangor. 16 orang maut akibat kejadian tanah runtuh semalam...
takziah buat kaum keluarga mangsa...
hari ini....
pagi tadi aku dapat berita atok sedara aku telah dipanggil menghadap Illahi...beliau yang aku panggil Tok Njang meninggal dunia dalam tidur selepas subuh pagi tadi di rumah anaknya di kuantan...
lepas zohor tadi, beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Bandar, Kechau, Kuala Lipis...
kitorang sekeluarga terkejut dengan berita ni sebab arwah tak sakit...malam td siap keluar makan kat tanjung lumpur....hurmmm...dah sampai seru....
balik rumah, aku online tetiba baca lak status kawan aku...atok dia pon telah pergi menghadap Illahi pagi tadi....takziah buat Nad sekeluarga....
daripadaNya kita datang & kepadaNya kita kembali...
semoga roh mereka yang telah pergi di cucuri rahmat....
akan tiba masanya kita dipanggil MenghadapNya...
No comments:
Post a Comment