Followers

Wednesday, May 25, 2011

mari belajar buat apam polka dot

hye....
sebenarnye aku da lama da buat apam ni...tp tak update2 pon kat sini...
apam polka dot ni agak femes la skang ni....kalau kenduri jer, mesti orang nak tempah apam ni jadikan gift utk guest....sebab apam polka dot ni comey giler...

ni pic apam aku, first try....tak bape nak menjadi sangat sebab bahan tak cukup....

buruk jer....



meh nak kongsi resepi nya..

bahan-bahannya
  • 3 biji telur - dari peti sejuk (gred A
  • 275gm tepung gandum
  • 220gm gula halus
  • 150 ml susu segar @susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil overlatte
  • filling- blueberry@strawberry @ apa2 ikut suka kita
  • pewarna
cara-cara
  • masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  • bahagikan kepada beberapa bahagian kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  • masukkan setiap adunan bewarna kedalam piping bag
  • picitkan adunan kedalam mangku kertas (setengah sahaja)
  • letakkan filling secukupnya
  • picitkan lagi adunan sama @ lain warna sehingga hampir penuh
  • lastly, dot-dotkan dengan warna pilihan
  • kemudian kukus selama 10-15min @ sehingga masak.

senang jerkan nak buat apam niyh...
so ape lagi korang...cepat2 la cuba...hehe...

ok lah..
selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment