Followers

Tuesday, March 23, 2010

aku anak air

Hidup ku sebagai anak seorang pekerja jabatan bekalan air same seperti anak-anak orang lain…Cuma bezanye,aku sejak kecil lagi dah di didik untuk menghargai setiap titik air itu. Kerana itu adalah keringat bapa ku yang bersusah payah membesarkan kami. Suka duka hidup kami sebagai anak pekerja JBA jarang dimengerti. Mungkin ramai yang berkata ia nya sama seperti orang lain. Menjadi pekerja JBA adalah same seperti bekerja di jabatan lain dalam kerajaan. Apatah lagi hanya memegang jawatan sebagai pemandu lori. Tidak ade apa-apa yang istimewanya. Itu pendapat orang tapi bagi aku,ianya sangat istimewa.

Buktinye, aku dari kecik lagi da jenuh dapat naik backhoe,lori kren,lori barang,lori tanker n mcm2 lagi jentera yang besar-besar…anak cikgu tak pernah naik tu..anak A.D.O takut dengan jentera tu..tapi itu mainan aku..aku tak pernah malu walaupon pernah digelar anak air.AKU BANGGA!

Cikgu,D.O, A.D.O,askar,polis, engineer, n macam-macam lagi jawatan besar-besar akan cari ayah aku kalau paip kat umah diorang bocor or rumah diorang tak de air. Ayah aku jugak yang hantar kan lori tanker kt rumah diorang bila tak ade air.

Aku selalu bace kat paper orang komplen pasal JBA…

pekerja JBA lipis tak buat kerja”….”minta JBA Pahang pantau pekerja”….”paip bocor tidak dibaiki,pekerja JBA lepas tangan”….”sudah sebulan tak ada air,masih tiada tindakan pihak JBA”…..

Tu semua aku da lali n masak sangat…sampai da malas nak ambik tahu..bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..kerana pekerja tak berwibawa rosak 1 jabatan. Orang juz tahu cakap bile tengok yang buruk aje…tahu ke dorang yang pekerja JBA terpaksa melupakan hal rumah tangga demi menyediakan keperluan orang ramai… bekerja selama lebih 18 jam tanpa ganjaran dah menjadi kebiasaan bagi pekerja JBA. Itu orang tak nampak..bekorban cuti hari raya setiap tahun demi memastikan ornag lain dapat beraya dengan selesa.. orang tak perasan itu sume..yang dorang nampak,hanya lah keburukan segelintir pekerja JBA yang tak bertanggungjawab.

Aku bukan mengungkit tapi cuba nk tegakkan kebenaran. Beberapa tahun lepas ada kejadian pekerja JBA diserang penduduk kampong ketika menghantar tanker. Sedar kah wahai pak cik,orang pacik nak tetak tu lah yang bg pakcik air….hurmmm…..tak perlu lah hanya kerana terlewat menghantar tanker atau terlambat baiki paip, sudah nak diserang..pekerja JBA hanya orang biasa.bukan robot ynag boleh diarah ke sana kemari..mereka juga da keluarga n kehidupan mereka sendiri.

Aku yang membesar sebagai anak pekerja JBA sangat menghargai mereka kerana tanpa mereka kita semua tak kan dapat hidup senang lenang mcm sekarang yang hanya bukak paip je da dapat air…

Dedicate to my beloved daddy….love u so much n thanks sebab da membesarkan kami dengan keringat yang mengalir seperti air itu….SAYA BANGGA JADI ANAK AIR!


~puterimaz~

No comments:

Post a Comment